CARA-CARA UNTUK MENJADI AGEN DROPSHIP BUTIK ROSES by KHO.
Salam semua! J Terlebih dahulu BR (Butik Roses) ingin mengucapkan terima kasih dan syukur yang tak terhingga kerana sudi menjadi Agen BR. Mungkin sebilangan penjual di luar sana yang berminat masih tidak mengetahui bagaimana hendak menjadi Agen Dropship kami. Berikut diterangkan cara-cara dan syarat-syarat yang patut di ikut oleh bakal dan agen BR J
1 – Pakej yang ditawarkan oleh BR untuk beberapa item khas buat bakal agen:
a) Tudung & Inner
- Pakej 1: 5 helai – 19 helai (Diskaun 10%)
- Pakej 2: 20 helai – 49 helai (Diskaun 25%)
- Pakej 3: 50 helai k eats (Diskaun 20%)
b) Roses
- Pakej 1: 100pcs – 299 pcs (Diskaun 10%)
- Pakej 2: 300pcs – 599pcs (Diskaun 15%)
- Pakej 3: 600pcs ke atas (Diskaun 20%)
2 - Sekiranya berminat menjadi agen, sila emailkan butiran berikut; Nama, Alamat, No Fon, Link Tapak Jualan ( Facebook, Instagram, Website, Blog, etc..) dengan subject ditulis: Agen Dropship Butik Roses kepadabutikroses9789@gmail.com
3 - Selepas mendapat pengesahan pendaftaran sebagai Agen sudah berjaya, agen akan diberikan nombor ID untuk memudahkan BR berhubung dengan agen-agen di seluruh Negara. Sila pastikan anda mempunyai akaun Maybank atau CIMB atau kedua-dua nya sekali.
4 – Agen juga dikehendaki mendaftar Online Banking; Maybank2u atau CIMB Clicks untuk memudahkan agen menyemak transaksi pembayaran daripada pelanggan.
5 – Pastikan anda mempunyai tapak jualan contohnya Facebook, Instagram, Website, Blog, dan kedai offline juga di alu-alukan.
6 – Agen dibenarkan menukar watermark BR pada gambar item yang di ambil dari Facebook: Butik Roses atau Blog : http://butikroses.blogspot.com.
7 – Sila ikuti perkembangan terbaru BR di FB, Instagram atau Blog untuk mengetahui item yang ‘Ready Stock’,‘Available’ atau ‘Sold Out’.
8 – Selepas upload gambar item BR di tapak jualan masing-masing, jangan lupa ambil keterangan gambar item sekali. Supaya memudahkan pelanggan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai item yang dijual. Biasa nya pelanggan akan bertanya mengenai harga, saiz, penjualan borong, dan sebagainya.
9 – Agen dibenarkan berhubung secara langsung dengan customer service Butik Roses di talian : 016-2478757. Sila perkenalkan diri dengan nombor ID Agen yang diberikan. Nombor tersebut boleh dihubungkan hanya melalui SMS/ Whatsapp sahaja.
10 – Berat setiap item akan ditulis di keterangan gambar. Semua harga item tidak termasuk harga penghantaran. Pihak BR akan mengira jumlah keseluruhan termasuk kos penghantaran kepada agen2 melalui email.
11 – Pengesahan pembelian. Agen hendaklah memastikan kod yang dipilih oleh pelanggan betul sebelum menghantar tempahan kepada BR. Sila emailkan butiran peribadi pelanggan; Nama, Alamat Penghantaran, No Telefon dan Kod Item kepada butikroses9789@gmail.com
12 – BR akan membalas email tempahan yang mengandungi jumlah keseluruhan yang perlu dibayar termasuk kos penghantaran, nombor akaun bank BR dalam masa 1-2 hari bekerja.
13 – Sila buat bayaran dalam tempoh yang diminta untuk mengelakkan item yang ditempah dijual kepada pelanggan/agen lain.
14 – Ini penting. Di Butik Roses, terdapat item yang hanya akan di pos selepas 3-4 hari bekerja. Oleh itu, sila berhubung dengan pihak BR melalui Whatsapp untuk mendapat kepastian mengenai item. Sekiranya item itu ‘Ready Stock’, item tersebut akan dipos selepas 1-2 hari selepas BR menerima bayaran penuh dari agen. Ini dapat mengelakkan pelanggan anda mengamuk di masa hadapan.
15 – Tracking number akan diberikan kepada agen melalui email.
16 – Pemulangan item yang rosak hanya diterima dalam masa 7 hari dari tarikh selepas item diterima pelanggan. Selepas 7 hari, item considered sold!
* Sesiapa yang berminat diharap menghubungi kami terus melalui telefon ; 016-2478757 atau emailkan kepada kami di butikroses9789@gmail.com untuk penerangan yang lebih jelas.*
Selaat Maju Jaya kepada semua J
No comments:
Post a Comment