Friday, 6 May 2016

Testimoni pelanggan Butik Roses

Assalamualaikum semua.

Setelah sekian lama tak bersiaran. Sibuk. Tapi itu bukan alasan yang sepatutnya diberikan kan..

Setelah hampir 10 bulan beroperasi di Giant Putra Height, saya amat bersyukur dengan penerimaan semua pelanggan kami.

Walaupun kadang2 butik sangat sunyi sepi. Tapi kami mamu memberikan dan mendapatkan sales yang terbaik setiap hari. Alhamdulillah..

Bak kata Dr Azizan. Hidup ni senang bila kita salahkan orang lain. Di sini kami nak salahkan lokasi Giant ini sendiri. Berada di tengah2 highway. Kami hanya berharap pada penduduk sekitar untuk datang ke butik dan membeli barang kami.

Walhal marketing tak mengira di mana pon lokasi kedai kan.. Slow and steady. Itulah konsep kesabaran yang kami adaptasi dalam kehidupan bisnes seharian kami.

Produk kami kebanyakan tidak di 'Photoshoot' kan.. Terlampau banyak sangat produk baru. Sampai tak terkejar pon nak photoshoot. Tapi alhamdulillah produk kami diterima dengan baik sangat. Tak sangka walaupun tak di photoshoot sales kami juga mampu menampung kehidupan. Ok ayat sedih.

Bukan tak nak photoshoot. Tapi kos photoshoot sekali je dah habis RM800. Buat peniaga kecil seperti kami, RM800 adalah jumlah yang sangat besar.

Kami bukan tak nak bersaing. Tapi kami berusaha untuk menyampaikan produk jualan kami dengan netizen di luar sana dengan cara yang lain.. InsyaAllah dengan izin-Nya kami tahu usaha yang sedikit tetapi berterusan akan membuahkan hasil.

Dengan pengalaman sebagai QC Engineer selama 5 tahun, saya amat menitikberatkan kualiti produk kami. Semua produk yang dibeli pelanggan haruslah di semak kualiti terlebih dahulu sebelum digantung di rak.

Ternyata usaha tersebut tidak sia-sia. Pelanggan yang datang membeli sekali akan datang lagi dan membawa ahli keluarga yang lain.

Butik Roses akan berkembang. InsyaAllah. Bagi kami masa.

Berikut adalah gambar yang di share di Facebook Butik Roses.



Jubah Kafilah dibuat dari fabrik duchess satin. Kebanyakan yang membeli merasakan sangat selesa. Terutama ketika hujan. Jubah ni kalis air sangat tau..

Jubah ni tinggal berapa helai je kat butik. Kalau korang berminat boleh terus datang butik k..

Alamat butik kami:

F24, First Floor, Giant Hypermarket Putra Height,

No.3 Persiaran Putra Perdana, Subang Jaya, 47650, Selangor

Monday, 28 September 2015

WE ARE MOVING TO NEW WEBSITE

Salam semua.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat umat Islam.

Apparently we are moving to new website. Please click link below:




Thanks for your continuous support. Love

Saturday, 1 August 2015

Mencari model butik

Salam semua. Marked August 2015, our physical boutique finally landed at Giant Hypermarket Putra Height!

Therefore, we really need to hire anybody interested to join our team as long as you can fulfill the requirements listed in below advertisement.

Kami juga mencari wajah/ duta/ model butik. Sekiranya berminat, sila hantarkan resume dan beberapa keping gambar ke email yang di nyatakan di bawah.

Sekian terima kasih.


Wednesday, 14 January 2015

New Product Launched - Bantal Huruf ABC

Salam semua..

Finally produk baru Butik Roses siap!

Bantal ABC ni ade 2 saiz. Standard size & Small Size. Ilham tercetus bila susah nak jumpa bantal kabu macam ni dijadikan perhiasan rumah.

Standard size adelah seperti gambar di bawah. Sesuai dipakai semua lapisan umur..



Small size plak seperti yang ditunjukkan di gambar bawah:


Harga yang ditetapkan untuk pengenalan produk baru adalah seperti berikut:

Standard Size Alphabet Pillow: RM 39

Small Size Alphabet Pillow: RM 29

Harga biasa akan diberitahu di dalam Facebook dan Instagram. Kain2 yang boleh dipilih akan sentiasa di upload kat FB or Instagram.. 


Soalan biasa yang akan ditanya ke Butik Roses:

How to order? Kak Ros, nak order tapi tak tau cara?

Cara-cara untuk order:

1 - Melalui Facebook Butik Roses or Page Butik Roses. Korang PM je.. Nanti Kak Ros reply ok..

2 - Nak cepat lagi boleh Whatsapp ke nombor : 016-2478757. Nanti sat gi ade assistant BR reply ok..

3 - Email kan ke butikroses9789@gmail.com

Senaraikan huruf2 yang anda minat. Nanti BR boleh trus proceed. 

Tunggu ape lg.. Ramai dah yang order ni.. 

Saturday, 15 November 2014

Rosette Roses; 3D Roses In Stock!

Salam semua.

Terima Kasih yang tidak terhingga pada yang dah membeli rosette saya.

Saya terpaksa mendiamkan diri beberapa bulan untuk menyiapkan lebih dari 10 ribu stock roses 3D!

Kesian saya dengar ramai yang nak beli roses. Tapi ape kan daya kalau buat sikit2 nanti ramai yang urgent tak dapat beli..

Untuk Ready Stock kali ni saya lampirkan Color Chart yang baru. Yang di pangkah tu dah Sold Out ok..

Cepat beli sekarang. Booking tidak diterima di Butik Roses. Sape cepat dia dapat.

Oh.. Roses yang ready stock hanyalah Rosette Roses. Macam yang kat bawah ni..




Butik Roses Signature Roses. Ready Stock Price hanya RM0.90 sebiji..


Sila refer color chart di bawah sebelum membuat pilihan warna. Warna yang boleh ditempah hanya yang terdapat dalam color chart di bawah.



RM 0.90 sebiji.

Untuk order sila ikut step di bawah:

1 - PM kat FB: Butik Roses or

2 - Wassap kat 016-2478757

Love,

BRbyKHO

**** Updated 15/11/2014****

Red - Sold Out! Thanks semuaaaa

Monday, 29 September 2014

Inner Silang Sequine & Instant Tudung by BRbyKHO

Salam semua.

Setelah sekian lama menyepi. Sebelum berakhirnya tahun 2014, Kak Ros keluarkan beberapa produk baru cap BRbyKHO ni..

INNER SILANG SEQUINE



Inner ni sangat selesa. Pakai je melekap kat dahi. Cantik bentuk nya. Muka bulat menjadi bujur.

Ade 1 warna inner je iaitu hitam. Ade 2 warna sequine iaitu Gold & Dark Grey.

Akan keluarkan warna yang lain plak. Cuma tak zabarrr sangat nak keluarkan warna ni dulu. Gorgeous sangatt..

Harga seperti tertera kat gambar. My Cyber Sale sampai 1st November 2014 je. Lepas tu harga kembali ke RM39.90 ye.



TUDUNG INSTANT PLEATED



Tudung ni Kak Ros dapat ilham bila masa pegi mall, time nak sembahyang tu alahai.. Geli nye pakai telekung kat surau. Bau.. Warna warni plak tu. Yela..Orang pegi mall pakai makeup tebal setebal yang boleh. So bila ambik wudhu ala kadar make-up sume melekat kat telekung.

So, tudung ni nampak je macam tu rupanya. Tapi kalau tak di gantung kat belakang, da mcm tudung sembahyang jadi nya..

Boleh adjust nak panjang belah belakang ke.. Panjang belah depan ke.. Or nak panjang sama rata depan belakang...

Senang sangat nak pakai. Nak tutorial? Boleh.. Follow instagram @butikroses ok..

Harga tu sama gak. Lepas 1Nov2014 ni harga normal eh..

Jangan malu jangan segan. Boleh pm Kak Ros kat FB: Butik Roses. Or Whatsapp kan je kat 016-2478757..

Kak Ros ingin mengucapkan terima kasih banyak2 buat peminat Butik Roses ni. Semalam je warna biru tudung instant dah sold out.

Korang memang best lahhhh..

Oh ye.. Roses rosette da boleh ditempah. Sape yang berminat dengan roses 3d or rosette, sila tempah dengan akak ok..

Ready Stock banyak gak; Hitam, Light Pink, Orange, Purple, Light Peach, White, Fuchsia, Mint, Grey, Turquoise. Macam2 warna lah..

Nak order, pm laju-laju okeh..

Facebook: Butik Roses

Instagram : ButikRoses

Whatsapp: 016-2478757

Sayang dari; Kak Ros




Thursday, 25 September 2014

Jadi Agen Dropship Butik Roses by KHO

CARA-CARA UNTUK MENJADI AGEN DROPSHIP BUTIK ROSES by KHO.


Salam semua! J Terlebih dahulu BR (Butik Roses) ingin mengucapkan terima kasih dan syukur yang tak terhingga kerana sudi menjadi Agen BR. Mungkin sebilangan penjual di luar sana yang berminat masih tidak mengetahui bagaimana hendak menjadi Agen Dropship kami. Berikut diterangkan cara-cara dan syarat-syarat yang patut di ikut oleh bakal dan agen BR J


1 – Pakej yang ditawarkan oleh BR untuk beberapa item khas buat bakal agen:

a) Tudung & Inner

- Pakej 1: 5 helai – 19 helai (Diskaun 10%)
- Pakej 2: 20 helai – 49 helai (Diskaun 25%)
- Pakej 3: 50 helai k eats (Diskaun 20%)

b) Roses
- Pakej 1: 100pcs – 299 pcs (Diskaun 10%)
- Pakej 2: 300pcs – 599pcs (Diskaun 15%)
- Pakej 3: 600pcs ke atas (Diskaun 20%)

2 - Sekiranya berminat menjadi agen, sila emailkan butiran berikut; Nama, Alamat, No Fon, Link Tapak Jualan ( Facebook, Instagram, Website, Blog, etc..) dengan subject ditulis: Agen Dropship Butik Roses kepadabutikroses9789@gmail.com


3 - Selepas mendapat pengesahan pendaftaran sebagai Agen sudah berjaya, agen akan diberikan nombor ID untuk memudahkan BR berhubung dengan agen-agen di seluruh Negara. Sila pastikan anda mempunyai akaun Maybank atau CIMB atau kedua-dua nya sekali.


4 – Agen juga dikehendaki mendaftar Online Banking; Maybank2u atau CIMB Clicks untuk memudahkan agen menyemak transaksi pembayaran daripada pelanggan.


5 – Pastikan anda mempunyai tapak jualan contohnya Facebook, Instagram, Website, Blog, dan kedai offline juga di alu-alukan.


6 – Agen dibenarkan menukar watermark BR pada gambar item yang di ambil dari Facebook: Butik Roses atau Blog : http://butikroses.blogspot.com.


7 – Sila ikuti perkembangan terbaru BR di FB, Instagram atau Blog untuk mengetahui item yang ‘Ready Stock’,‘Available’ atau ‘Sold Out’.


8 – Selepas upload gambar item BR di tapak jualan masing-masing, jangan lupa ambil keterangan gambar item sekali. Supaya memudahkan pelanggan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai item yang dijual. Biasa nya pelanggan akan bertanya mengenai harga, saiz, penjualan borong, dan sebagainya.


9 – Agen dibenarkan berhubung secara langsung dengan customer service Butik Roses di talian : 016-2478757. Sila perkenalkan diri dengan nombor ID Agen yang diberikan. Nombor tersebut boleh dihubungkan hanya melalui SMS/ Whatsapp sahaja.


10 – Berat setiap item akan ditulis di keterangan gambar. Semua harga item tidak termasuk harga penghantaran. Pihak BR akan mengira jumlah keseluruhan termasuk kos penghantaran kepada agen2 melalui email.


11 – Pengesahan pembelian. Agen hendaklah memastikan kod yang dipilih oleh pelanggan betul sebelum menghantar tempahan kepada BR. Sila emailkan butiran peribadi pelanggan; Nama, Alamat Penghantaran, No Telefon dan Kod Item kepada butikroses9789@gmail.com


12 – BR akan membalas email tempahan yang mengandungi jumlah keseluruhan yang perlu dibayar termasuk kos penghantaran, nombor akaun bank BR dalam masa 1-2 hari bekerja.


13 – Sila buat bayaran dalam tempoh yang diminta untuk mengelakkan item yang ditempah dijual kepada pelanggan/agen lain.


14 – Ini penting. Di Butik Roses, terdapat item yang hanya akan di pos selepas 3-4 hari bekerja. Oleh itu, sila berhubung dengan pihak BR melalui Whatsapp untuk mendapat kepastian mengenai item. Sekiranya item itu ‘Ready Stock’, item tersebut akan dipos selepas 1-2 hari selepas BR menerima bayaran penuh dari agen. Ini dapat mengelakkan pelanggan anda mengamuk di masa hadapan.


15 – Tracking number akan diberikan kepada agen melalui email.


16 – Pemulangan item yang rosak hanya diterima dalam masa 7 hari dari tarikh selepas item diterima pelanggan. Selepas 7 hari, item considered sold!


* Sesiapa yang berminat diharap menghubungi kami terus melalui telefon ; 016-2478757 atau emailkan kepada kami di  butikroses9789@gmail.com untuk penerangan yang lebih jelas.*


Selaat Maju Jaya kepada semua J